Monday, March 9, 2009

I get my love...



Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Mimpi itu kdg2 wujud sbg satu petanda. Tuhan berkuasa mencipta apa jua mimpi kpd hamba-Nya. Hari ni aku telah mendapat cintaku. Persoalan yg aku tunggu telah kutemui jwpn. Aku bersyukur dan aku akan cuba yg terbaik utk mencipta kebahagiaan yg aku harap2kan.

-Selepas solat subuh, aku smbg wat asgmnt Conflict Theory Dr.Zam. Pg ni aku rase tenang. “Adakah dia masih ingatkan aku ??” lamunanku terhenti bila alarm handsetku berbunyi. Selesai mandi, aku buka email. Terpaku aku pada email yg aku terima. “ aku bermimpi ??”..

Kini lelaki itu adalah milikku. Aku berharap dia adalah insan tercipta utkku selamanya...

Kadang2 perpisahan itu tidaklah selalu pahit rasenye. Walaupun kecewa datang tetapi hanya utk seketika. Tidak salah jika terluka sedikit jika ia mampu memberi peringatan dan mberi pengalaman supaya lebih berhati2 meniti puncak yang lebih gembira.

Cinta aku padanya adalah tulus. Seikhlas hati aku manyayanginya. Aku juga berharap lelaki itu juga mempunyai perasaan yg sama. Hari ini cintaku kembali semula. Tuhan telah memakbulkan permintaan aku sebagai hamba. Kesilapan lepas jangan diulangi dan aku akan berusaha menjadi wanita terbaik dalam hidupnya.

“kadang-kadang apa yg kita inginkan Tuhan tidak tunaikan, tetapi dia selalu memberi apa yang kita perlukan. Allah Maha Besar mengetahui apa yg terbaik utk kita.” Semoga permulaan hubungan ini diberkati Allah.

KELAHIRAN..

MUHAMAD FARISH ADRIAN BIN AZZAM

comelnye....




kenali dunia baru...






Penutup februari 2009 berakhir dengan penuh kemanisan. Jika aku dilahirkan sbg pembuka bulan “kekasih” ini, kelahiran “Muhamad Farish Adrian” membuatkn aku tersenyum sangat gembira. Anak saudaraku yg ke- 12 ini merupakan anak sulung bagi kakakku.

28 feb 2009...tarikh keramat kau pilih untuk dilahirkan. Aku pasti kak. Ujah dan abg. azzam pasti bahagia dengan kelahiran anak sulung mereka. Semoga kehadiran insan ini menambah lg seri kebahagiaan dlm rumahtangga mereka.

Tak sabar rasenye nk balik rumah utk bertemu insan baru ini. Kesibukan aku di kampus dengan asgmnt yg masih bertimbun, ditmbh pula dgn final exam yg dah dekat, menghalang aku utk balik ke pj. Tak sabar btul Cik Mai nk jumpe Farish Adrian..

Beberapa MMS tlh kakakku send. Sungguh comel..bayi ini dilahirkan penuh kesucian, ibarat kain putih yg bersih. Ibu bapalah yg perlu melakar corak pada kain itu. jiwanya perlu dibentuk supaya menjadi seorang manusia yang “kamil” iaitu penuh kesempurnaan.

Sunday, March 8, 2009

LELAKI ITU...



Aku tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Aku mengimpikan seseorang yang boleh mengingatkan aku sekiranya aku terlupa, dan yang paling penting lelaki itu yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Aku juga berharap dialah insan yang dapat memacu diri ini untuk menuju ke jalan yang Kau redhai...

Adakah aku mampu ketemui insan itu??

Pengalaman lalu menjadikan aku perlu menilai seseorang dengan mata hati. Bukan paras rupa menjadi ukuran tetapi jika masa boleh diulang, pasti lelaki itu tidak akan aku lepaskan. Ketahuilah aku sentiasa menanti kamu untuk kedua kali. Kata orang peluang datang hanya sekali. Aku hanya berharap peluang itu akan terbuka untuk aku untuk kali kedua.Insya-Allah..
Aku percaya pada Takdirnya. Lelaki yang baik untuk wanita yg baik. Untuk bertemu lelaki yang baik itu, aku perlu berubah menjadi seorang wanita yang terbaik.

Ya Allah Ya Tuhanku, jika dia tercipta untukku, dekat dan kukuhkanlah cinta dan hatinya untukku, tetapi sekiranya dia bukanlah tercipta untukku, aku akur dan redha dan megharap kesempurnaan menjadi milikku..