Aku tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi aku mencari seorang teman pendamping hidupku hingga ke akhir hayatku. Aku mengimpikan seseorang yang boleh mengingatkan aku sekiranya aku terlupa, dan yang paling penting lelaki itu yang amat aku percayai untuk mendidik anak-anakku kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Aku juga berharap dialah insan yang dapat memacu diri ini untuk menuju ke jalan yang Kau redhai...
Adakah aku mampu ketemui insan itu??
Pengalaman lalu menjadikan aku perlu menilai seseorang dengan mata hati. Bukan paras rupa menjadi ukuran tetapi jika masa boleh diulang, pasti lelaki itu tidak akan aku lepaskan. Ketahuilah aku sentiasa menanti kamu untuk kedua kali. Kata orang peluang datang hanya sekali. Aku hanya berharap peluang itu akan terbuka untuk aku untuk kali kedua.Insya-Allah..
Aku percaya pada Takdirnya. Lelaki yang baik untuk wanita yg baik. Untuk bertemu lelaki yang baik itu, aku perlu berubah menjadi seorang wanita yang terbaik.
Ya Allah Ya Tuhanku, jika dia tercipta untukku, dekat dan kukuhkanlah cinta dan hatinya untukku, tetapi sekiranya dia bukanlah tercipta untukku, aku akur dan redha dan megharap kesempurnaan menjadi milikku..
No comments:
Post a Comment