Tuesday, August 11, 2009

..:: PERSETAN CINTA ::..

Bermimpi tidak bermipi, sedar bagaikan dalam samaran cahaya senja seolah- olah dalam dunia fantasi. “Di manakah aku??, siapa kau??”,Ketakutan melihat makhluk di depan sambil memegang sesuatu persis tongkat si Pari- pari dalam cerita fantasi.
Pemuja Cinta hanya merenung, membiarkanku terkial- kial mencari jawapan sebagai balasan persoalan sendiri. “Kau ada.,masih di sini. Usah kau risau si gadis dunia. Kau perlukan aku sekarang. Aku hanya datang untuk menolongmu. Akulah Si Pemuja. Jawab persoalanku wahai si gadis dunia.”
“Nak cinta???”
“Tak Nak..mengapa kau panggilku si gadis dunia??.”
“Kenapa kau tak perlukan cinta si gadis dunia???”
“Sebab aku tak nak..jangan panggilku si gadis dunia.Aku tak suka.”
“Kenapa kau tak nak cinta si gadis dunia???”
“Sebab aku tak suka cinta...”
“Kenapa???”
“Sebab aku merasa tersiksa dilamun cinta.,dan aku tak mahu kembali merasainya..”
“Mengapa???”Bukankah cinta itu lebih membuat kau bahagia????? Ia seolah-olah kau di dalam dunia syurga wahai si gadis dunia ??”
“Aku pernah bahagia kerana cinta, tetapi kerana cinta juga aku menderita,syurga cinta hanya sementara, lebih terasa sakit dan pedihnya kerana cinta...persetan cinta..”
“Tidak semua cinta akan membuat kau menderita. Adakah kau mahu cuba menerima kembali cinta si gadis dunia ???”
“Tak mahu..aku tak perlukannya..”
“Mengapa kau begitu menyetankan cinta wahai si gadis dunia ???”
“Biarkan aku sendiri tanpa cinta..Aku lebih selesa. Tiada sesiapa akan bimbangkan aku,tiada siapa yang perlu aku bimbang dan fikirkan. Tinggalkan aku sendiri wahai Si Pemuja..Pergi..Pergi..Aku bukanlah si gadis dunia yang kau cari..”
“Kau bencikan cinta si gadis dunia ???”
“Aku tidak pernah benci cinta,dan aku takkan pernah lupa asal- usul cinta. Tinggalkan aku..”
Petikan daripada: “Persetan Cinta”,karya Nor Akmal Haji Hussain,2009

Monday, August 10, 2009

"Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"

Ambilan dari: xnuripilot/blog
NOR AKMAL BINTI HAJI HUSSAIN
SAINS POLITIK
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
USM,PENANG.
August 1, 2009 10:48 PM

Saya juga ingin berkongsikan sedikit kisah mengenai Chin Peng. Saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan luas mengenai sejarah dan memahami perjuangan ke arah mempertahankan negara. Saya juga tidak mengenali Chin Peng dan juga sama sekali tidak pernah terlibat dalam pertarungan yang menjadi trauma dalam masyarakat negara ini sebelum ini. Namun, nama yang tertulis di dada akhbar sebelum ini telah membuatkan saya ingin mengetahui siapakah sebenarnya Chin Peng dan mengapakah isu mnegenainya menjadi perdebatan dan pertelagahan daripada beberapa pihak.
Saya berpeluang bertanya kepada ayah saya mengenai hal ini. Saya rasa agak berdebar kerana maklumbalas ayah saya membuatkan saya merasakan sangat marah nenek moyang saya diperlakukan dengan kejam oleh komunis yang didakwa diketuai oleh Chin Peng ini. Terfikir alangkah bertuahnya saya dilahirkan dalam zaman yang merdeka dan aman. Bagaimanakah keadaan saya jika saya sudah dilahirkan pada masa itu??Saya dapat melihat kesedihan dan ketegasan ayah saya yang tidak sekali- sekali bersetuju Chin Peng kembali ke Malaysia. Saya faham kerana ayah saya juga merupakan bekas askar. Alasan ayah, jangan sesekali mempertahankan pengkhianat negara. Kerana Chin Peng, ramai yang tidak berdosa telah terbunuh, tercedera, dan mengalami kecacatan kekal. Sebelum ini, askar- askar melayu bermati-matian cuba mempertahankan negara dari cengkaman Chin Peng, tetapi kini masih terdapat orang yang mahu membela Chin Peng??tidakkah ini akan melukakan hati banyak pihak???

Jika sebelum ini nenek moyang kita telah berusaha dan sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara daripada komunis, jika Chin Peng masih dibela walaupun usianya sudah tidak memungkinkannya untuk mengancam negara kita, pernahkah kita berfikir apakah perasaan mereka yang pernah terlibat dalam usaha mempertahankan negara ketika itu??Ia seumpama tidak menghargai jasa- jasa dan seolah- olah memperlekehkan dan mensia-siakan sama sekali usaha yang telah dilakukan oleh perwira- perwira negara kita.

Kita mungkin tidak sedar akan keputusan ynag kita buat jika kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri semata-mata. Seharusnya, kita memahami perasaan orang lain sebelum membuat keputusan. Teringat saya pada artikel akhbar yang saya baca sebelum ini mengenai seorang bekas askar yang kudung kakinya kerana menentang komunis. Apabila diajukan mengenai cadangan untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang akan menjadi orang pertama menunggu Chin Peng di lapangan terbang,bukan untuk menyambut kedatangan Chin Peng, tetapi sebagai orang pertama yang akan menembak serta membunuh Chin Peng. Hal ini menunjukkan bahawa Chin Peng telah meningggalkan sesuatu trauma dan kesan dendam yang amat mendalam terhadap pengkhianat negara.

Sangat teruja mendengar pengalaman saudara serta kawan- kawan saudara yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Seharusnya kita golongan muda harus menghargai perjuangan perwira- perwira kita dan bukanlah membangkitkan sesuatu isu yang akan mengusik jiwa pejuang negara. Fikir-fikirkanlah...akhir kata, salam takziah diucapkan kepada perwira- perwira negara yang telah gugur demi syahid mempertahankan negara. Semoga pengorbanan kalian dihargai oleh mereka yang terleka. Al-Fatihah...

SEKIAN LAMA....terima kasih Gadis..Julia

Agak lama aku berfikir untuk meneruskan coretan untuk blog ni. Macam dah tak mahu tapi tu la. Maklumlah, dah lama menghilang mencari haluan yg aku cari dengan menyendiri. Selama itu jugak la aku hanya mengirimkan ilham2,kata2 dan curahan hati dalam karya org lain dan untuk blogers2 segera and tangkap muat je, tp skrg may be tak dah kot. Jari aku kepanasan nak mencurahkan apa yang selalu bermain di kepala ni. Macam ada satu beban yang dah tak larat aku simpan. Biarlah aku teruskan apa yang aku suka lakukan. Nampaknya aku tewas sekali lagi...haha..mal..mal..kau memang lembik lah...whatever la.. (.^_^.)


Mula sekali, aku nk ucap jutaan terima kasih kepada kak Julia sebab banyak mengajar aku erti sabar dan ketabahan. Walau tak secara langsung, (aku yakin dia pasti tak tau yg aku setiap hari bace blog dia..hehe..) tapi sedikit sebanyak banyak memberi aku nasihat dan tunjuk ajar supaya menjadi wanita yang kuat dan tabah. Aku nk bgtau satu dunia yg aku ni pembaca setia blog si gadis dalam koma ni. Thanks sis. Adik sayang kakak..Rindu Kak Jue..huhu..dah xde siape nk dengar luahan hati,dah xde sape yg leh main2 conteng2 buku ejek lecturer dlm kuliah time ngantuk..yg paling rindu suara akak yg garang marah adik la...jgn lupe mal ye sis..

Ni ada sdikit fakta menarik ttg kakak angkatku sorg ni yg aku nk kongsikan..cayalah sis..

1. Julia tak suka dipaksa..paksa itu merimaskan..dan bila dia rimas makin dia rebel dan benci..
2. Julia, dia ramah, friendly tapi tak makna setiap ramah Julia perlu dibalas cinta sebab ramah atau friendly seorang Julia berbeza untuk si kekaseh, si kawan, dan si keluarganya..
3. Juga, concerned seorang Julia tak perlu SELALU disalah anggap sebagai cinta sebab pada dia kadangkala sahabat lebih penting dari kekaseh..
4. Seorang Julia itu rumit, egois, emosi..dia mahu dirinya betul-betul di fahami sebab 90% daripada 100% situasi dia selalu jadi yang memahami tapi tak siapa endah mau memahami dia..
5. Ya, dia sakarstik..tapi cuma kadang-kadang untuk situasi tertentu..

(dipetik: Gadis/blog)...

-p/s: selamat berkonvokesyen kpd Julia,Ogos2009
Wif lurve..
Snomy_ryanez@mal