Monday, August 10, 2009

"Pengalaman Ke2" DAN "Mengapa saya menentang Chin Peng kembali ke Malaysia"

Ambilan dari: xnuripilot/blog
NOR AKMAL BINTI HAJI HUSSAIN
SAINS POLITIK
PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN
USM,PENANG.
August 1, 2009 10:48 PM

Saya juga ingin berkongsikan sedikit kisah mengenai Chin Peng. Saya mengakui bahawa saya bukanlah seorang yang mempunyai pengetahuan luas mengenai sejarah dan memahami perjuangan ke arah mempertahankan negara. Saya juga tidak mengenali Chin Peng dan juga sama sekali tidak pernah terlibat dalam pertarungan yang menjadi trauma dalam masyarakat negara ini sebelum ini. Namun, nama yang tertulis di dada akhbar sebelum ini telah membuatkan saya ingin mengetahui siapakah sebenarnya Chin Peng dan mengapakah isu mnegenainya menjadi perdebatan dan pertelagahan daripada beberapa pihak.
Saya berpeluang bertanya kepada ayah saya mengenai hal ini. Saya rasa agak berdebar kerana maklumbalas ayah saya membuatkan saya merasakan sangat marah nenek moyang saya diperlakukan dengan kejam oleh komunis yang didakwa diketuai oleh Chin Peng ini. Terfikir alangkah bertuahnya saya dilahirkan dalam zaman yang merdeka dan aman. Bagaimanakah keadaan saya jika saya sudah dilahirkan pada masa itu??Saya dapat melihat kesedihan dan ketegasan ayah saya yang tidak sekali- sekali bersetuju Chin Peng kembali ke Malaysia. Saya faham kerana ayah saya juga merupakan bekas askar. Alasan ayah, jangan sesekali mempertahankan pengkhianat negara. Kerana Chin Peng, ramai yang tidak berdosa telah terbunuh, tercedera, dan mengalami kecacatan kekal. Sebelum ini, askar- askar melayu bermati-matian cuba mempertahankan negara dari cengkaman Chin Peng, tetapi kini masih terdapat orang yang mahu membela Chin Peng??tidakkah ini akan melukakan hati banyak pihak???

Jika sebelum ini nenek moyang kita telah berusaha dan sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan negara daripada komunis, jika Chin Peng masih dibela walaupun usianya sudah tidak memungkinkannya untuk mengancam negara kita, pernahkah kita berfikir apakah perasaan mereka yang pernah terlibat dalam usaha mempertahankan negara ketika itu??Ia seumpama tidak menghargai jasa- jasa dan seolah- olah memperlekehkan dan mensia-siakan sama sekali usaha yang telah dilakukan oleh perwira- perwira negara kita.

Kita mungkin tidak sedar akan keputusan ynag kita buat jika kita membuat keputusan berdasarkan kepentingan diri semata-mata. Seharusnya, kita memahami perasaan orang lain sebelum membuat keputusan. Teringat saya pada artikel akhbar yang saya baca sebelum ini mengenai seorang bekas askar yang kudung kakinya kerana menentang komunis. Apabila diajukan mengenai cadangan untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia, beliau mengatakan bahawa beliaulah yang akan menjadi orang pertama menunggu Chin Peng di lapangan terbang,bukan untuk menyambut kedatangan Chin Peng, tetapi sebagai orang pertama yang akan menembak serta membunuh Chin Peng. Hal ini menunjukkan bahawa Chin Peng telah meningggalkan sesuatu trauma dan kesan dendam yang amat mendalam terhadap pengkhianat negara.

Sangat teruja mendengar pengalaman saudara serta kawan- kawan saudara yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Seharusnya kita golongan muda harus menghargai perjuangan perwira- perwira kita dan bukanlah membangkitkan sesuatu isu yang akan mengusik jiwa pejuang negara. Fikir-fikirkanlah...akhir kata, salam takziah diucapkan kepada perwira- perwira negara yang telah gugur demi syahid mempertahankan negara. Semoga pengorbanan kalian dihargai oleh mereka yang terleka. Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment