Bermimpi tidak bermipi, sedar bagaikan dalam samaran cahaya senja seolah- olah dalam dunia fantasi. “Di manakah aku??, siapa kau??”,Ketakutan melihat makhluk di depan sambil memegang sesuatu persis tongkat si Pari- pari dalam cerita fantasi.
Pemuja Cinta hanya merenung, membiarkanku terkial- kial mencari jawapan sebagai balasan persoalan sendiri. “Kau ada.,masih di sini. Usah kau risau si gadis dunia. Kau perlukan aku sekarang. Aku hanya datang untuk menolongmu. Akulah Si Pemuja. Jawab persoalanku wahai si gadis dunia.”
“Nak cinta???”
“Tak Nak..mengapa kau panggilku si gadis dunia??.”
“Kenapa kau tak perlukan cinta si gadis dunia???”
“Sebab aku tak nak..jangan panggilku si gadis dunia.Aku tak suka.”
“Kenapa kau tak nak cinta si gadis dunia???”
“Sebab aku tak suka cinta...”
“Kenapa???”
“Sebab aku merasa tersiksa dilamun cinta.,dan aku tak mahu kembali merasainya..”
“Mengapa???”Bukankah cinta itu lebih membuat kau bahagia????? Ia seolah-olah kau di dalam dunia syurga wahai si gadis dunia ??”
“Aku pernah bahagia kerana cinta, tetapi kerana cinta juga aku menderita,syurga cinta hanya sementara, lebih terasa sakit dan pedihnya kerana cinta...persetan cinta..”
“Tidak semua cinta akan membuat kau menderita. Adakah kau mahu cuba menerima kembali cinta si gadis dunia ???”
“Tak mahu..aku tak perlukannya..”
“Mengapa kau begitu menyetankan cinta wahai si gadis dunia ???”
“Biarkan aku sendiri tanpa cinta..Aku lebih selesa. Tiada sesiapa akan bimbangkan aku,tiada siapa yang perlu aku bimbang dan fikirkan. Tinggalkan aku sendiri wahai Si Pemuja..Pergi..Pergi..Aku bukanlah si gadis dunia yang kau cari..”
“Kau bencikan cinta si gadis dunia ???”
“Aku tidak pernah benci cinta,dan aku takkan pernah lupa asal- usul cinta. Tinggalkan aku..”
Petikan daripada: “Persetan Cinta”,karya Nor Akmal Haji Hussain,2009
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment